Semenjak itu, para ahli arkeologi telah menghabiskan 40 tahun lalu dan mendedahkan secara terperinci patung pahlawan bersaiz sebenar dari lubang seluas 22 batu persegi (57 kilometer persegi).
Setakat ini, penggalian-penggalian di Museum of the Terracotta Army yang terletak kira-kira 25 batu (40 kilometer) di timur Xi'an telah menemui kira-kira 2,000 daripada 6,000 figura yang dirasakan wujud. Di samping tentera terracotta bawah tanah itu, turut ditemui kuda, kereta kuda, senjata – termasuklah akrobat untuk menghiburkan Maharaja Qin di alam kubur.
Ramai sarjana berpendapat bahawa tentera terracotta tersebut dikuburkan bersama Maharaja China pertama untuk melindunginya di alam akhirat dan ingin disembunyikan. Kini, tentera terracotta misteri yang digelar sebagai keajaiban alam kelapan ini menarik kira-kira 2 juta pelancong setiap tahun.
Muzium Terracota Terbesar Di China
Senjata Terpelihara:
Ahli arkeologi telah menemui kira-kira 40,000 senjata yang diperbuat daripada gangsa di lubang terracotta itu. Daripada lembing ke kapak, busur dan anak panah, senjata menakjubkan ini terpelihara dalam saduran kromium. Meskipun Jerman dan Amerika mendakwa mencipta teknologi salutan kromium masing-masing pada tahun 1937 dan 1950, ia telahpun wujud di China sejak 2,200 tahun yang lampau.
Berwawasan Tinggi:
Semasa Maharaja Qin baru berumur 13 tahun, kerja-kerja pembinaan makam agungnya telahpun dimulakan. Menurut dakwaan sejarawan China bernama Sima Qian dalam Records of the Grand Historian, lebih daripada 700,000 orang terlibat dalam pembinaan makam selama 36 tahun. Walaupun ia merupakan satu daripada pencapaian terhebat Maharaja Qin, namun beliau juga terkenal dengan sumbangannya dalam bidang politik dan budaya.
Maharaja Qin telah memperkenalkan satu landasan penulisan naskah, menghubungkan jajahannya dengan terowong dan jalan raya, menyatukan wilayah yang berperang, memajukan teknologi kaji logam, menyeragamkan ukuran dan timbangan, membina Tembok Besar versi pertama dan kemudian menghubungkannya dengan bahagian taktikal.
Maharaja Kejam:
Meskipun banyak memajukan empayar, namun Maharaja Qin juga terkenal dengan kekasarannya. Ratusan rangka telah ditemui dalam makam berkenaan, kebanyakannya dipercayai tukang dan pekerja yang membantu pembinaan kubur itu. Menurut Sima Qian, para buruh ini dibunuh demi merahsiakan lokasi dan khazanahnya: "Selepas pengebumian dan penyembunyian hartanya, pintu tengah ditutup dan pintu luar dikunci untuk memenjarakan semua tukang dan buruh agar tiada yang keluar. Pokok-pokok dan rumput ditanam di serata makam untuk menjadikannya kelihatan seperti bukit," tulisnya.
Salah Ubat:
Maharaja Qin takut akan kematian dan dikatakan berusaha mencari pelbagai jenis ubat dan penawar – apa sahaja yang menjanjikan vitaliti selama-lamanya. Kononnya, Maharaja Qin telah mengutus 8,000 orang, termasuk pakar herba diraja untuk mencari penawar ajaib. Sementara menungu tonik berkenaan, Maharaja Qin mengambil tablet merkuri. Akibatnya, tabiat itu dikatakan menjadi punca kematian Maharaja Qin pada umur 50 tahun.
Peta Misteri:
Meskipun kubur Maharaja Qin belum digali, tetapi legenda mengatakan bahawa pekerjanya mengukir satu peta kerajaan Qin di lantai. Banyak replika istana, bangunan besar, termasuklah perangkap (busur untuk menembak penceroboh) dikatakan memenuhi ruang makam, sementara batu permata melambangkan langit, dan aliran raksa menggambarkan sumber air kerajaan.
Penyiasatan moden dapat mengesahkan legenda ini melalui bukti-bukti berkaitan bahan kimia. Pada tahun 2005, satu kajian yang diketuai oleh ahli arkeologi China bernama Duan Chingbo telah mengambil 4,000 sampel dari timbunan tanahnya dan mendapati semua sampel positif dengan kehadiran merkuri.
No comments:
Post a Comment