Secara psikologinya, pertumbuhan uban mungkin boleh dikurangkan dengan kaedah menenangkan diri. Maksudnya, kalau berpeluang, elakkan daripada berterusan menghadapi situasi yang menyebabkan stress. Masalah yang menyebabkan stress atau tekanan mungkin tak boleh dielak 100% tetapi ia boleh dikurangkan dengan pemikiran bahawa tiada masalah yang tak dapat diselesaikan. Semuanya hanya memerlukan masa. Justeru jangan membuatkan diri terlalu tertekan akibat memikirkan sesuatu masalah atau isu yang dihadapi.
Rawatan menginai rambut juga boleh diusahakan untuk menutup uban. Atau cuba tips hitamkan uban.
Jika ada lebihan wang, boleh saja dapatkan rawatan di salun-salun kecantikan yang berlesen dan bertauliah untuk mendapatkan impak warna rambut yang gelap, sekata, cantik, rata dan bersinar.
Disarankan seboleh-bolehnya jangan dicabut uban tersebut. Sebabnya berdasarkan pemerhatian, kebanyakan yang mencabut uban akan mendapati uban lebih banyak tumbuh. Dan ada pula yang menghadapi masalah ‘botak’ akibat terlalu kerap mencabut uban dan rambut gatal.
No comments:
Post a Comment